Friday, March 31, 2023

Generasi Muda Perlu Berazam Menghasilkan Kerja Yang Lebih Baik

SABAK BERNAM,  Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam telah diadakan di Dewan Iltizam, PPD Sabak Bernam.  Perhimpunan ini disempurnakan oleh Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam.
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya dalam ucap utama menegaskan, kecemerlangan sesebuah institusi sangat bergantung kepada keupayaan mewujudkan keguyupan dan memotivasikan tenaga kerja supaya bekerja dengan tekun, ikhlas dan berpengetahuan.  
Menurut Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, kita sebagai penjawat awam  perlu bersyukur kerana kita ada pekerjaan. Walaupun cabaran sebagai penjawat awam ini banyak terutama dari segi bebanan kerja, tapi itulah sebenarnya tugas yang kita perlu buat.
Beliau mengingatkan jangan kita keluh kesah kerana banyak kerja sedangkan ada ramai lagi diluar yang tidak ada pekerjaan dan pendapatan.  Kita juga perlu sedar, kerja yang banyak ini sesuai dengan gaji yang setanding dengan pekerjaan yang dikerjakan. 
Cikgu Mohd Jaluli memaklumkan semua warga pendidikan perlu bersedia menghadapi perubahan terutama  bila berlaku perubahan di peringkat kepimpinan. Apapun perubahan yang berlaku matlamatnya adalah untuk kemenjadian pendidikan negara.
Cikgu Mohd Jaluli berharap, semua warga PPDSB sentiasa mengorak langkah dan tingkatkan pengetahuan dan penguasaan pekerjaan.  Tugas utama kita sekarang adalah membantu dan membimbing sekolah.  Terima tugasan dengan ikhlas dan tingkatkan keupayaan penyampaian dan pengetahuan.
Beliau juga berharap generasi muda PPD Sabak Bernam perlu berazam menghasilkan kerja yang lebih baik. Latih diri supaya sentiasa berfikir, melatih otak untuk sentiasa berfikir.   Perlu memikirkan untuk memperbaiki situasi yang ada untuk ditingkatkan dan dijayakan.  Berfikir untuk meningkatkan prestasi.
Cikgu Mohd Jaluli memperingatkan pegawai dan pentadbir supaya meningkatkan komunikasi supaya guru, staff dan murid bermotivasi.  Keseronokan bekerja perlu ditekankan dan yang akan menjadikan pekerjaan ini seronok tidak lain tidak bukan adalah diri kita sendiri.



No comments:

Post a Comment

Generasi Muda Perlu Berazam Menghasilkan Kerja Yang Lebih Baik

SABAK BERNAM,  Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam telah diadakan di Dewan Iltizam, PPD Sabak Bernam.  Perhimpunan ini disempur...