Friday, February 17, 2023

Anugerah Apresiasi PPDSB 2022 Pengiktirafan kepada Warga Pendidikan untuk Konsisten Cemerlang

SUNGAI BESAR, Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam 2022 telah diadakan di Dewan Seri Bernam.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Hajah Faridah A. Bakar, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Negeri Selangor mewakil Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.
Menurut Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, pemberian Anugerah Apresisasi 2022 adalah tanda pengiktirafan dan pencapaian cemerlang warga sekolah melaksanakan kerjabuat di sekolah.
Dalam majlis ini 44 anugerah telah diberikan mengikut 7 kategori seperti anugerah sektor perancangan, anugerah sektor pembelajaran, anugerah pengurusan sekolah,  anugerah hal ehwal murid, anugerah bimbingan dan kaunseling, anugerah keseluruhan terbaik sekolah menengah dan sekolah rendah.
SMK Sg Besar mendapat Anugerah Sekolah Terbaik bagi kategori sekolah menengah dan SK Seri Makmur  mendapat Anugerah Sekolah Terbaik bagi kategori sekolah rendah.
Datin Hajah Faridah mengingatkan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah berada di gelombang ke 3, mulai 2021 hingga 2025.  Gelombang ini menekankan aspek keluwesan pencapaian prestasi melebihi standard mininum.  
Beliau menegaskan warga pendidikan perlu mengIkut garispanduan dan sop yang ditetapkan bagi setiap kerjabuat.  Ini bagi mengelakkan masalah, tiada istilah short cut dalam melaksanakan tugas bukan sahaja berkaitan pengurusan kewangan dan pembangunan tetapi semua aspek dalam pengoperasian dan pendidikan.
Datin Hajah Faridah juga mengingatkan semua guru supaya berdedikasi, efesian dan fasih iaitu kemampuan penguasaan dalam soal pengurusan dan  kemampuan untuk meningkatkan pencapaian yang cemerlang.

Friday, February 10, 2023

16 Sekolah Menengah Daerah Sabak Bernam Menyertai Bacaan Yassin Perdana SPM 2022 Secara Youtube Live

SAM MUHAMADIAH, SABAK BERNAM, Majlis Bacaan Yassin Perdana SPM 2022 Peringkat PPD Sabak Bernam telah berjaya dilaksanakan secara Youtube Live.   Program ini turut disertai oleh semua guru, ibubapa dan pelajar di 16 buah sekolah menengah di daerah Sabak Bernam.
Menurut Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, program bacaan yasin perdana ini merupakan program ibadah memohon rahmat Allah agar semua pelajar SPM dapat meneruskan kecemerlangan pencapaian SPM 2022.
Progam bacaan yassin ini telah dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu secara langsung di SAM Muhamadiah serta secara geoogle meat dan youtube live di sekolah-sekolah lain.  Lebih 2000 pelajar, ibu bapa dan guru-guru menyertai bacaan yassin ini.
Cikgu Mohd Jaluli juga mengingatkan semua pelajar supaya menjaga kesihatan dan perlu peka dengan jadual peperiksaan.  Ini bagi mengelakkan pelajar dari terlepas peperiksaan penting ini.
Cikgu Mohd Jaluli mengucapkan terima kasih atas kerjabuat guru-guru yang bertungkuslumus menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan ini.  Beliau berharap agar guru-guru terus membantu pelajar sehingga selesai peperiksaan.
Cikgu Mohd Jaluli mengucapkan selamat berjuang dalam peperiksaan SPM, doa ibu bapa dan guru-guru sentiasa mengiringi anak-anak menghadapi peperiksaan.  Teruskan usaha sehabis baik untuk memantapkan pengetuahuan dan terus berdoa dan bertawakallah kepada Allah.


Saturday, February 4, 2023

Bilangan Guru Bersara Pilihan Di Daerah Sabak Bernam Semakin Meningkat

Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam memaklumkan setiap tahun bilangan guru yang bersara wajib dan pilihan semakin bertambah. 
Sepanjang tahun 2022 ini seramai 99 orang warga pendidik telah bersara.   Ini termasuk 37 orang guru sekolah rendah, 53 orang guru sekolah menengah  dan 9 orang kakitangan sokongan .
Pertambahan ini mungkin disebabkan oleh bebanan tugas, peningkatan penggunaan teknologi dalam PdP,  masalah kesihatan dan mengikut pasangan yang telah bersara.
Setakat ini walaupun kita mengalami kekurangan guru tetapi jumlahnya masih terkawal.  Sektor pengurusan sekolah sentiasa memantau keperluan guru dan berusaha mengisi kekosongan dengan kerjasama dari JPN Selangor dan KPM.
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya bercakap ketika Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Omar Hamsa, Timbalan PPD Sabak Bernam yang telah diadakan di Arena Gemilang, PPD Sabak Bernam. Majlis ini turut dihadiri oleh pengetua dan guru besar daerah Sabak Bernam, jemputan khas mantan pegawai PPD, Bikers dan warga PPD Sabak Bernam.
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya mengucapkan terima kasih atas kerjabuat, sumbangan dan khidmat bakti dan atas kecemerlangan perkhidmatan sepanjang bergelar guru. 
 Kegigihan Cikgu Omar dalam bidang olahraga perlu dicontohi oleh guru muda.  Ini penting untuk membolehkan guru muda mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cikgu Omar.




Generasi Muda Perlu Berazam Menghasilkan Kerja Yang Lebih Baik

SABAK BERNAM,  Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam telah diadakan di Dewan Iltizam, PPD Sabak Bernam.  Perhimpunan ini disempur...