SABAK BERNAM, Kunjugan Timbalan Pengarah SPB Selangor, Tuan Haji Sajoli Masdor ke Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam telah menyuntik semangat pegawai-pegawai Sektor Pembelajaran PPD Sabak Bernam serta guru-guru untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan di Sabak Bernam.
Tuan Haji Sajoli Masdur menyarankan agar pegawai-pegawai Sektor Pembelajaran PPD Sabak Bernam dapat menguasai ilmu PdP agar dapat dikongsikan bersama guru-guru dan pelajar di sekolah.
Beliau juga mahu setiap pegawai dan guru-guru sentiasa berusaha mempertingkatkan keupayaan menguasai teknologi terkini. Ini penting kerana kemahiran teknologi ini akan memberi impak yang besar dalam PdP.
Beliau juga mengucapkan tahniah atas kerjabuat Sektor Pembelajaran PPD Sabak Bernam kerana telah berjaya mempertingkatkan dan mengekalkan pencapaian cemelang SPM dan STPM, terutama pencapaian cemerlang tempat ke 2 negeri Selangor SPM 2021 pencapaian pelajar layak menerima sijil dan tempat 1 STPM pencapaian terbaik.
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam menyatakan, antara rahsia kejayaan PPD Sabak Bernam dalam peperiksaan SPM dan STPM ialah guru-guru fokus kepada head count di sekolah untuk mencari kekuatan dan kelemahan pelajar dan seterusnya mengunakan data ini untuk melaksanakan program susulan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua komponen pendidikan di daerah Sabak Bernam atas sumbangan membangunkan pendidikan di daerah Sabak Bernam.
Lawatan kerjaTimbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Negeri Selangor turut disertai bersama pegawai-pegawai di sektor pembelajaran JPN Selangor.
No comments:
Post a Comment