Friday, February 17, 2023

Anugerah Apresiasi PPDSB 2022 Pengiktirafan kepada Warga Pendidikan untuk Konsisten Cemerlang

SUNGAI BESAR, Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam 2022 telah diadakan di Dewan Seri Bernam.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Datin Hajah Faridah A. Bakar, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Negeri Selangor mewakil Pengarah Pendidikan Negeri Selangor.
Menurut Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam, pemberian Anugerah Apresisasi 2022 adalah tanda pengiktirafan dan pencapaian cemerlang warga sekolah melaksanakan kerjabuat di sekolah.
Dalam majlis ini 44 anugerah telah diberikan mengikut 7 kategori seperti anugerah sektor perancangan, anugerah sektor pembelajaran, anugerah pengurusan sekolah,  anugerah hal ehwal murid, anugerah bimbingan dan kaunseling, anugerah keseluruhan terbaik sekolah menengah dan sekolah rendah.
SMK Sg Besar mendapat Anugerah Sekolah Terbaik bagi kategori sekolah menengah dan SK Seri Makmur  mendapat Anugerah Sekolah Terbaik bagi kategori sekolah rendah.
Datin Hajah Faridah mengingatkan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah berada di gelombang ke 3, mulai 2021 hingga 2025.  Gelombang ini menekankan aspek keluwesan pencapaian prestasi melebihi standard mininum.  
Beliau menegaskan warga pendidikan perlu mengIkut garispanduan dan sop yang ditetapkan bagi setiap kerjabuat.  Ini bagi mengelakkan masalah, tiada istilah short cut dalam melaksanakan tugas bukan sahaja berkaitan pengurusan kewangan dan pembangunan tetapi semua aspek dalam pengoperasian dan pendidikan.
Datin Hajah Faridah juga mengingatkan semua guru supaya berdedikasi, efesian dan fasih iaitu kemampuan penguasaan dalam soal pengurusan dan  kemampuan untuk meningkatkan pencapaian yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Generasi Muda Perlu Berazam Menghasilkan Kerja Yang Lebih Baik

SABAK BERNAM,  Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam telah diadakan di Dewan Iltizam, PPD Sabak Bernam.  Perhimpunan ini disempur...