Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam memaklumkan setiap tahun bilangan guru yang bersara wajib dan pilihan semakin bertambah.
Sepanjang tahun 2022 ini seramai 99 orang warga pendidik telah bersara. Ini termasuk 37 orang guru sekolah rendah, 53 orang guru sekolah menengah dan 9 orang kakitangan sokongan .
Pertambahan ini mungkin disebabkan oleh bebanan tugas, peningkatan penggunaan teknologi dalam PdP, masalah kesihatan dan mengikut pasangan yang telah bersara.
Setakat ini walaupun kita mengalami kekurangan guru tetapi jumlahnya masih terkawal. Sektor pengurusan sekolah sentiasa memantau keperluan guru dan berusaha mengisi kekosongan dengan kerjasama dari JPN Selangor dan KPM.
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya bercakap ketika Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Omar Hamsa, Timbalan PPD Sabak Bernam yang telah diadakan di Arena Gemilang, PPD Sabak Bernam. Majlis ini turut dihadiri oleh pengetua dan guru besar daerah Sabak Bernam, jemputan khas mantan pegawai PPD, Bikers dan warga PPD Sabak Bernam.
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya mengucapkan terima kasih atas kerjabuat, sumbangan dan khidmat bakti dan atas kecemerlangan perkhidmatan sepanjang bergelar guru.
Kegigihan Cikgu Omar dalam bidang olahraga perlu dicontohi oleh guru muda. Ini penting untuk membolehkan guru muda mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Cikgu Omar.
No comments:
Post a Comment