Tuesday, January 31, 2023

SPB On The Go Komited Meningkatkan Kualiti Pendidikan dan Pencapaian Akademik di Sabak Bernam

Mesyuarat Sektor Pembelajaran serta team building SPB berjaya membentuk pasukan Sektor Pembelajaran (SPB) yang mantap dan hebat melalui aktiviti yang dilaksanakan.  Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mesyuarat, perbincangan perancangan aktiviti, aktiviti riadah seperti pertandingan pentanque, sambutan hari lahir, dan majlis jasamu dikenang
Cikgu Mohd Soom Zailan, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, memaklumkan SPB On The Go terus komited untuk menjayakan hala tuju PPD dan mencapai Objektif menjadikan PPD Sabak Bernam Terbilang terutama dalam pencapaian akademik. Pencapaian SPM dan STPM setiap tahun secara konsisten telah mencapai keputusan yang terbaik di peringkat negeri Selangor
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam menegaskan perlunya pegawai PPD menguasai bidang tugas, dan pengetahuan berkaitan pekeliling yang berkaitan SPB dan KPM.   
Cikgu Jaluli juga minta warga SPB untuk memantapkan komunikasi agar kehadiran SPB dinantikan oleh pihak sekolah. Bimbingan SPB ke sekolah perlu dilaksanakan dengan  terancang  bersama idea-idea serta amalan terbaik untuk dikongsikan dan dilaksanakan di peringkat sekolah. 
Cikgu Jaluli juga meminta semua pegawai supaya sentiasa bersikap terbuka.  Raikan rakan-rakan yang memberi pandangan, dan idea.  Anggap perbezaan pandangan  untuk cari titik persamaan.





Thursday, January 26, 2023

Ikut SOP Semasa Melaksanakan Tugas bagi Elak Kesulitan

SABAK BERNAM, Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam Bil 1/2023 (Januari) telah diadakan di Arena Gemilang PPD Sabak Bernam.  Dan tuan rumah perhimpuanan ini ialah UPTIS.
Cikgu Mohd Zakiyuddin Abd Hamid, Timbalan PPD Sabak Bernam mewakil Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam menyatakan, pentingnya warga PPD Sabak Bernam menguasai ICT, ini kerana kerjabuat kita waktu ini memerlukan kita menguasai teknologi.   Antara sistem baru yang diperkenalkan oleh KPM ialah moeis dan emos.
Beliau mengingatkan warga PPD Sabak Bernam supaya mengikut garispanduan dan sop yang telah ditetapkan ketika melaksanakan tugasan. Ini bagi memastikan setiap tugasan ini dapat dilaksanakan dengan baik dan konsisten serta dapat mengelakkan kesulitan sekiranya berlaku kemalangan, kesalahfahaman dan aduan.
Cikgu Mohd Zakiyuddin juga mengingatkan tradisi PPDSB bekerja sebagai satu keluarga sesuai dengan tagline PPD Sabak Bernam iaitu Sederap PPD Sabak Bernam Terbilang

Thursday, January 19, 2023

Peluang Pelajar Keciciran Menguasai 3 M Cerah Melalui Pendekatan Pedagogi Terbeza

SEKINCHAN, 47 orang guru daerah Sabak Bernam telah diberi pendedahan PdP dalam Bengkel Pembelajaran Pedagogi Terbeza Pemulihan Khas Daerah SabaknBernan 2023.
Menurut Puan Syima Muad Penolong PPD Pemulihan Khas , PPD Sabak Bernam setakat ini lebih 200 murid keciciran telah dapat dipulihkan dan dimasukkan ke arus perdana kerana telah berjaya menguasai 3M untuk kutipan data sukuan kedua 2022.
Menurutnya lagi melalui kaedah pedagogi terbeza ini pelajar akan dididik mengikut tahap dan kemampuannya.   Guru akan melaksanakan PdP mengikut aras murid berkenaan.
Bagi memastikan guru menguasai pendekatan pedagogi terbeza ini, Unit Pemulihan Khas PPD Sabak Bernam telah memberi tugasan kepada semua guru untuk membuat video pdpc terbeza dalam Youtube Chanel.  
Melalui tugasan ini, kita akan membuat perbincangan mengenai kekuatan dan kelemahan pendekatan yang dilaksanakan dan membuat penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan PdPc.


Monday, January 16, 2023

5 KM International Fun Walk For World Peace DiIktiraf Peringkat Antarabangsa

SUNGAI BESAR, Larian 5 KM International Fun Walk For World Peace yang diadakan di salah satu lokasinya di Sungai Besar telah berjaya menghimpunkan 2700 peserta.
Larian ini telah dilepaskan oleh Tuan Mohd Jaluli Yahaya Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam bersama dengan Orang Besar Daerah Sabak Bernam dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam.
Menurut Tuan Mohd Jaluli Yahaya, PPD Sabak Bernam telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah larian ini kerana hendak memberi peluang penduduk di Sabak Bernam untuk menyertai larian ini serta memberi ruang pelajar sekolah untuk mendapat markah penyertaan kokurikikum peringkat antarabangsa.
Program 5km Fun Walk diadakan bagi menyokong usaha mewujudkan dunia yang aman dan bebas dari peperangan yang membinasakan.
Masej yang hendak disampaikan adalah pentingnya setiap warga negara mempunyai jati diri dan sentiasa komited untuk menjaga keharmonian.



Wednesday, January 11, 2023

Guru Perlu Tiingkatkan Pengetahuan dan Penguasaan Teknologi Untuk Kekal Releven dalam Dunia Pendidikan Masakini

SABAK BERNAM, Majlis Pelancaran Buku Koleksi Kajian Tindakan PPD Sabak Bernam telah disempurnakan oleh Cikgu Mohd Zakiyuddin mewakili Cikgu Mohd Jaluli Yahaya di Dewan Iltizam PPD Sabak Bernam.
Turut serta dalam majlis ini ialah semua pengetua,  guru besar, guru-guru yang tetlibat dalam penghasilan kajian tindakan serta penerima anugerah.
Dalam ucapan perasmian Cikgu Mohd Zakiyuddin mengucapkan tahniah kepada Sektor Pembelajaran kerana berjaya menyahut saranan PPD untuk membukukan kajian ini.   Ini kerana kajian ini merupakan inovasi guru-guru yang dicetuskan dari sumbangsaran isu-isu pendidikan.  Dan hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan guru- guru bukan saja di daerah Sabak Bernam tetapi seluruh negara.
Cikgu Mohd Zakiyuddin menegaskan guru-guru perlu selalu menambah ilmu pengetuan dan meningkatkan penguasaan teknologi  supaya mereka sentiasa releven dalam kebolehpasaran pendidikan masa kini.
Dalam majlis ini juga turut disampai anugerah atas kejayaan guru-guru membuat kajian tindakan serta penilaian video PdPc.

Generasi Muda Perlu Berazam Menghasilkan Kerja Yang Lebih Baik

SABAK BERNAM,  Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam telah diadakan di Dewan Iltizam, PPD Sabak Bernam.  Perhimpunan ini disempur...