Tuesday, January 31, 2023

SPB On The Go Komited Meningkatkan Kualiti Pendidikan dan Pencapaian Akademik di Sabak Bernam

Mesyuarat Sektor Pembelajaran serta team building SPB berjaya membentuk pasukan Sektor Pembelajaran (SPB) yang mantap dan hebat melalui aktiviti yang dilaksanakan.  Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mesyuarat, perbincangan perancangan aktiviti, aktiviti riadah seperti pertandingan pentanque, sambutan hari lahir, dan majlis jasamu dikenang
Cikgu Mohd Soom Zailan, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, memaklumkan SPB On The Go terus komited untuk menjayakan hala tuju PPD dan mencapai Objektif menjadikan PPD Sabak Bernam Terbilang terutama dalam pencapaian akademik. Pencapaian SPM dan STPM setiap tahun secara konsisten telah mencapai keputusan yang terbaik di peringkat negeri Selangor
Cikgu Mohd Jaluli Yahaya, Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam menegaskan perlunya pegawai PPD menguasai bidang tugas, dan pengetahuan berkaitan pekeliling yang berkaitan SPB dan KPM.   
Cikgu Jaluli juga minta warga SPB untuk memantapkan komunikasi agar kehadiran SPB dinantikan oleh pihak sekolah. Bimbingan SPB ke sekolah perlu dilaksanakan dengan  terancang  bersama idea-idea serta amalan terbaik untuk dikongsikan dan dilaksanakan di peringkat sekolah. 
Cikgu Jaluli juga meminta semua pegawai supaya sentiasa bersikap terbuka.  Raikan rakan-rakan yang memberi pandangan, dan idea.  Anggap perbezaan pandangan  untuk cari titik persamaan.





No comments:

Post a Comment

Generasi Muda Perlu Berazam Menghasilkan Kerja Yang Lebih Baik

SABAK BERNAM,  Perhimpunan Bulanan PPD Sabak Bernam telah diadakan di Dewan Iltizam, PPD Sabak Bernam.  Perhimpunan ini disempur...