SUNGAI BESAR, Larian 5 KM International Fun Walk For World Peace yang diadakan di salah satu lokasinya di Sungai Besar telah berjaya menghimpunkan 2700 peserta.
Larian ini telah dilepaskan oleh Tuan Mohd Jaluli Yahaya Pegawai Pendidikan Daerah Sabak Bernam bersama dengan Orang Besar Daerah Sabak Bernam dan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam.
Menurut Tuan Mohd Jaluli Yahaya, PPD Sabak Bernam telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah larian ini kerana hendak memberi peluang penduduk di Sabak Bernam untuk menyertai larian ini serta memberi ruang pelajar sekolah untuk mendapat markah penyertaan kokurikikum peringkat antarabangsa.
Program 5km Fun Walk diadakan bagi menyokong usaha mewujudkan dunia yang aman dan bebas dari peperangan yang membinasakan.
Masej yang hendak disampaikan adalah pentingnya setiap warga negara mempunyai jati diri dan sentiasa komited untuk menjaga keharmonian.
No comments:
Post a Comment