SEKINCHAN, 47 orang guru daerah Sabak Bernam telah diberi pendedahan PdP dalam Bengkel Pembelajaran Pedagogi Terbeza Pemulihan Khas Daerah SabaknBernan 2023.
Menurut Puan Syima Muad Penolong PPD Pemulihan Khas , PPD Sabak Bernam setakat ini lebih 200 murid keciciran telah dapat dipulihkan dan dimasukkan ke arus perdana kerana telah berjaya menguasai 3M untuk kutipan data sukuan kedua 2022.
Menurutnya lagi melalui kaedah pedagogi terbeza ini pelajar akan dididik mengikut tahap dan kemampuannya. Guru akan melaksanakan PdP mengikut aras murid berkenaan.
Bagi memastikan guru menguasai pendekatan pedagogi terbeza ini, Unit Pemulihan Khas PPD Sabak Bernam telah memberi tugasan kepada semua guru untuk membuat video pdpc terbeza dalam Youtube Chanel.
Melalui tugasan ini, kita akan membuat perbincangan mengenai kekuatan dan kelemahan pendekatan yang dilaksanakan dan membuat penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan PdPc.
No comments:
Post a Comment